Sunday, December 2, 2012

Wedding 10.11.12 | Dating

10.11.12. Attend wedding. Iyer, itu 3 minggu lepas. Jangan di tanya kenapa baru nak hapdet. ;D
 
Ni wedding cik (sekarang dah jadi puan) Zizie Eazie. Fb friend kat group NCOL. Tak pernah jumpa. So, agak segan nak attend wedding tu. Kebetulan Encik Suami balik minggu tu. So, ajak ler Encik Suami pegi. Kalau aku sorang jer? Nan hadoo aku nak pegi. Segan la weh.
 
Wedding kat Dewan Alumni, UTM. Ni la first time aku masuk UTM. Berpusing2 satu UTM tu kitorang cari Dewan Alumni. Bertanya sana sini (malu bertanya sesat jalan). But, ada jugak student UTM yang tak tahu kat mana Dewan Alumni. Tak pernah dengar katanya. Huh? Pelik jugee yer.
 
Kebetulan hari tu ada satu lagi wedding. Tapi kat dewan apa ntah. Kitorang berhenti kat situ & tanya lagi ni wedding sape & Dewan Alumni kat mana. Nasib baik bertanya. Kalo buat muka tak malu terus masuk duduk makan? Memang tebal la muka bila mengadap pengantin yang salah. Hahahh~ ;D
 
Tawakal jer redah. Akhirnya jumpa jugak Dewan Alumni yang tersebut itu. Alorhh...dekat jer ngan pintu masuk yang kitorang masuk tadi. Cuma tak masuk simpang ke dewan tu jer.

Sampai2 jer cari bunting dulu. Sebab nak make sure betul ke tidak majlisnya. Kat luar dewan ada gambar pengantin kat easel. Hah, betul la tu. Baru confident nak masuk dewan. -.-
 
Tapi sebab sampai lambat, tak sempat jumpa kawan2 NCOL yang lain. Diorang dah balik. Pengantin pun tengah nak potong kek.
 
Sampai2 jer Encik Suami tanya nak makan dulu ke nak jumpa pengantin dulu? Aku tawakal jer buat muka tak malu pegi jumpa pengantin & perkenalkan diri. Coz tak pernah jumpa sebelum ni *tadi kan dah cakap*
 
Kecik molek jer pengantinnya.
 
 

Baju pengantin sangat gojes!
Pengantin pun sangat gojes. & kecik molek.
Orang sebelah pengantin tu gemoks. -.-
 
 
 
Masa mula2 masuk ke dewan tu, serius aku terpukau *gitew* ngan kaler & deco. Pink! & pastel kaler. Its so me *sila jangan muntoh*.
 
I mean, so sweet lah. Suka sangat ngan kombinasi warna & deco. Comelness! Hantaran pun cantik. Tapi lupa nak snap. Haha.
 
 
 
 
Candy buffet.
*blurr pulakk~*
 
 
 
Guest book corner. 
 
 
Masa kitorang sampai, guest book ada lagi. Masa tu fikir : nanti la lepas makan baru conteng2. Tapi bila nak balik, dah takde dah guestbooknyer. Huk alohh~ Maybe semua page dah kena conteng2 agaknya & dah takde page yang kosong. -.-
 
 
 
Photo booth.
Sangat pastel. ;)
 


Pelamin pun gojes. Tapi lupa nak snap. -.-


 
Lela! & si comelnyer.
*blurr lagi*
 
 
Sempat jumpa Lela jer. Itu pun dia yang tegur dulu. Kalo tak, takdenyer aku nak cam muka orang. Padahal sebelum pegi wedding tu dah tengok gambar sorang2 kat FB, nak camkan muka. Haha..aku memang failed bab2 nak memorized muka & nama orang nih. -.-
 
Oh, Lela sangat kecik. Tengok kat fb, tak sangka sekecik ini. Pengantin pun sama. Kecik molek. Terus aku confuse, kenapa semua orang kecik jer nih, and aku yang besar? Tetiba aku rasa diri ini sangat gemoks. Eh ape plak RASA? aku memang gemoks pon. berkilo2 dah naik nih. Sobbs~ T_T
 
Lepas attend wedding, plan nak terus balik jer. Sebab hari pun asyik hujan jer. Masa on the way balik, saje la tanya Encik Suami : nak pegi mana ni ea?
 
Then dia terus pecut ke bandar. Hahaa~ macam tau2 jer. ;p
 
 
 
 Sempat lagiiii~
 
 
 
Pegi ke Cathay City Square. Nak tengok movie Paranormal Activity 4. Tapi ada tayangan malam jer. Malas la pulak nak tunggu lama2. Terus blah pegi MBO kat KSL City. Review movie KAT SINI.
 
 
 

Lepas tengok movie, makan lagi.
Terjebak masuk ke Subway.
Sila jangan salahkan aku.
Encik Suami yang nak makan. Aku tumpang sekaki jer. ;p
 
 
 
Actually dah lama tak keluar berdating2. Kalau Encik Suami balik, memang duk rumah jer, takde pegi mana2, aku masak untuk dia. Kadang2 keluar pun untuk makan kat luar jer. Breakfast, dinner. And kebanyakannya dia balik time weekdays, time aku keje. Takde la peluang nak keluar jalan2 tengok movie, jalan2 lagi.
 
Oh btw, time ni aku tengah sakit gusi yang amat. Cuma bergantung pada ubat tahan sakit. Muka aku pun dah bengkak sebelah. Nak senyum pun susah wa cakap lu. Nak makan? Lagi la seksa. Nak nganga pun susah. So bayangkan la camane aku nak habiskan makanan, lebih2 lagi yg kat Subway tu. Hilang nikmat nak makan. -.-
 
Ok bye.
 
Thanks for reading.
 
 
.

No comments: